Ahad, 20 Januari 2013

BERTANGGUH MEMBAWA PENYESALAN


melakukan sesuatu tanpa fikir
mengundang suatu kesan
yang tak pernah diimpikan
kita tak pernah tahu
apa esok masih menunggu kita
untuk bersua muka dan berbahagia
andainya sekejap lagi
ditakdir nyawa kita
diambil daripada pinjaman
pasti mata akan terpejam
dalam keadaan hina dan murka
kerana kita
belum sempat bertaubat
memohon ampun 
supaya dihapuskan segala dosa
Ya Allah
jauhkan kami daripada menjadi sebahagian 
daripada ahli neraka
dan masukkan kami 
ke dalam syurga abadi selamanya
amin 

Wanariahamiza

Ahad, 6 Januari 2013

SEBUAH ALUNAN MIMPI


sudah dua kali
aku mengalami mimpi yang sama
yang berkaitan dengan masa depan
yang berkaitan dengan SPM
sebuah mimpi yang mencetus 
suatu rasa yang tidak selesa
suatu perasaan yang penuh curiga
suatu fikiran yang tidak bersedia
pasti semua akan berasa
perkara yang sama
kerana mimpi itu 
kadang-kala ada benarnya
walaupun kita tahu
mimpi hanyalah
sebuah permainan tidur
sebuah bayangan 
yang direka-reka
oleh makhluk yang aib belaka
masih terdetik sedikit percaya
yang merubah segalanya
semoga mimpi yang baik
menjadi nyata
yang kurang baik menjadi 
dusta semata-mata

Wanariahamiza